Awan Biru.

Entry About Shout Linkies Follow D'Board


  • Selamat datang ke dunia biru saya. Harap anda suka dengan entri saya. #Henshin

owner

Find Me

credits
3:56 AM | 0 Cloud(s)
Cerpen1:Ujian

                   “Mai!!” ada suara yang memangil. Mai tersedar dari lamunannya apabila terdengar ada suara memanggil namanya. Lalu dia menoleh ke arah Qaira, sahabatnya yang sudah dari kecil menjadi sahabat yang paling rapat dengannya. “Anti fikir apa tu? Jauh benor nampaknya!” Qaira memerli Mai. “Fikirkan masalah umat ke?” perlinya lagi. Mai hanya terdiam. Qaira kenal sangat dengan perangai Mai. Selagi dia diam tidak bercakap, bermakna dia mempunyai problem.

                   Seusai solat Isyak, Mai berjalan pulang ke asrama. Sepanjang perjalanan pulang ke asrama, sepatah dua kata pon tidak kedengaran dari mulutnya. Apa problem dia?

                   “Mai?!” Qaira mencari-cari kelibat sahabatnya di asrama. Kelihatan Mai sedang duduk di birai katil sambil termenung. “Boleh ana nak cakap dengan anti sekejap?” Sambil menunggu respon dari Mai, dia terus menarik kerusi lalu duduk di tepi Mai. “Kenapa ni Mai? Anti ada masalah ke? Share-sharela dengan ana. Mana tau ana boleh tolong anti?” Qaira bengang dengan perubahan sikap Mai. Qaira memandang Mai.

                   “Sebenarnya, ana tak tau nak explain camne kat anti. Lepas satu, satu ujian yang datang. Ana dah tak kuat, berat sangat ujian yang Allah beri kat ana.” Akhirnya, Mai membuka mulut untuk bicara tentang masalahnya kepada sahabatnya.

                    “Mai, maybe ana bukan sahabat yang baik untuk menasihati anti tapi ana try untuk menjadi sahabat yang baik di mata anti. Ana nasihat anti sebab ana sayang anti. Sabar ye Mai! Allah sayang akan orang yang penyabar. Ujian ini menguatkan anti bukan melemahkan anti. Allah beri ujian kepada hambanya mengikut kemampuan hambanya. Allah tahu anti mampu sebab tu Allah uji anti. Allah uji kita sebab Allah rindu kita. Ana tahu anti seorang yang Qowiyy dan tabah hadapi semua ni.” Panjang ceramah yang diberikan oleh Ostajah Pilihan, Qaira.

                    Air mata sudah bergelinangan, hanya menunggu masa untuk mengalir. “Qaira, ana sepatutnya bersyukur kerana mempunyai sahabat macam anti. Susah sama susah, senang sama senang. Di masa ana futur, anti datang memberi semangat untuk ana bangkit. Di masa ana leka dengan godaan dunia, anti tarik ana balik, anti nasihati ana. Di masa ana sedih, anti sudi menghulurkan bahu anti yang katang tu untuk ana bersandar. Anti selalu ada di sisi ana bila ana perlukan tak kira waktu susah atau senang. Terima kasih sahabat untuk segala-galanya. Ana pon sayang anti!” Mantoppp sungguh ucapan Mai untuk Qaira.

                    Mereka berpandangan. Mata bertentang mata. Hidung bertentang hidung. Air mata mula mengalir seperti air sungai yang deras. Mungkin mereka terharu akan kata-kata dan ucapan yang terluah dari bibir mereka. Mereka berpelukan. “Terima kasih Qaira!” Bisik Mai di telinga sahabatnya itu. “Sama-sama!”
-----------------------------------------------------------------------------------------
# Sediakan sapu tangan atau tisu untuk lap air mata anda disebabkan ayat saya amat menyedihkan. EH?
# Sediakan extra sapu tangan atau tisu untuk lap air liur anda yang meneleh kerana cair dengan ayat saya. EH?
# Jika inginkan persahabatan yang dibina menjadi sejati, kita kena sejati dulu.
# ikhlaskan diri kerana Allah
# Pertemuan yang terbina, Perpisahan yang terlerai niatkan semuanya kerana Allah.


-BintunUmmiAbah-

Labels:

8:35 PM | 0 Cloud(s)
Marhaban ya Ramadhan

Assalamualaikum. Bertemu kembali kita pada malam ini. Dan hari ni dah masuk 2 Ramadhan. Begitu pantas masa berlari. Selama 6 bulan menunggu, akhirnya Ramadhan datang dengan mengetuk pintu hati ku, lalu aku terus membuka pintu ini. MARHABAN YA RAMADHAN! Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun yang lepas lepas. Semoga kita dapat membaiki kekurangan kita pada bulan Ramadhan yang lepas. Perbanyakkan amalan mulia di bulan Ramadhan ini. Jangan jadi hamba Ramadhan tapi jadi lah hamba Allah. Semoga kita berpuasa mendapat redha Allah dan pahala, bukan hanya mendapat lapar dan dahaga atau puasa kita hanya sia sia. Dont be like that my sohabat.

2 tahun lepas, L4RMJ (Looking For Rahmat Maghfirah Jannah). Tahun lepas SHP (Seeking His Pleasure). Bagi aku, dua dua okey and osem gituh. Tapi ramai budak sekolah aku suka bandingkan antara dua program tu. L4RMJ lebih baguih dari SHP. Give me, okey je. Aku? just follow. Mana mana pon aku tak kisah asalkan aku dapat something dari program tu. Tenkiu dan tahniah aku bagi dekat semua AMT, MPP dan AJK AJK yang terlibat sebab berusaha untuk menjayakan program ni. Aku sokong mereka dari back.

Bulan Ramadhan ni, aku nak perbaiki semua kekurangan aku. Aku harap sohabat sohabat aku yang berada di luar sana mendoakan aku semoga aku istiqomah dengan perubahan ini. Semoga sohabat juga memperbaiki kekurangan anda pada ramadhan lepas pada ramadhan kali ini.

Happy Fasting,
11:03 PM | 0 Cloud(s)
Ujian

Assalamualaikum sahabat! Semoga iman anda masih okey ye. Mantap! InsyaAllah. 
2 minggu lagi, ada exam. Nampaknya kena bekerja keras la. Semoga niat untuk menuntut ilmu kerana Allah bukan sebab exam. Bumi Allah ni luas so kat mana mana je boleh menuntut ilmu tapi tepulang kepada kita je nak ke tak nak. kalau tak nak, rugi besar tau. Allah suka orang yang berilmu ni.
Ujian. Cakap pasal ujian ni, memang semua orang pernah rasa and pernah ada pengalaman. Tipu lah kalau cakap, dalam hidup tak ada ujian. Kan? Allah beri kita ujian tu ikut kemampuan kita. Kalau kita tak mampu, Allah tak kan uji kita. Ujian ni ibarat anugerah daripada Allah kepada kita. Sepatutnya kita bersyukur dapat ujian, kiranya Allah sayang akan kita. So, sahabat sekalian, Mai berharap sahabat sahabat tabah hadapi pelbagai ujian dan dugaan hidup. Jangan berburuk sangka terhadap Allah ye.
Zaman sekarang, nak berdakwah senang je kan? Ada Fb, twitter, whatsapp or whatever la yang sama adik beradik dengan dia. Tapi, adakah kita guna untuk berdakwah? Malahan, kita guna dengan lagha. Mai tak cakap kat sahabat je, malah Mai pon lagha juga. Tapi kita sama sama lah berubah ke arah kebaikan ye. Mai taknak masuk syurga sorang sorang, Mai nak masuk syurga dengan family, sahabat sahabat Mai and sesape je yang Mai kenal. So, kita saling tegur menegur, saling nasihat menasihati. Kita nak ke tengok sahabat sahabat kita jauh dari Allah, jadi teruk, masuk neraka. Nak ke? Kalau bukan kita, sape lagi nak nasihat dia. Sekurang kurangnya dengar masalah dia dan bantu selesaikan masalah dia ke? Bukan just tengok je dia. Jangan jadi sahabat yang Bila senang sama sama tapi bila susah lari entah ke mana. Cakap sahabat, sahabat apa kalau suka tengok kawan dia dalam susah. So, kita sama sama jatuh, kita sama sama bangun. InsyaAllah.