![]() |
![]() Entry About Shout Linkies Follow D'Board |
owner
Find Me
credits
|
![]() ![]()
~ Sambil layan lagu Kun Anta dan sambil minum tea o panas ~
okey, minggu ni minggu exam. 3 minggu exam. maklum lah form 4. minggu depan exam subjek 'killer killer', hahahahahahaha. Astaghfirullah, stop gelak nanti pipi 'kembang'. okey, straight to the point. Pagi tadi ada usrah. Sape tak happy kan ada usrah. Hari hari nak ada usrah pun tak apa. Usrah kami seminggu sekali je. Pagi tadi beberapa je yang datang, yang lain mungkin 'sibuk' kot. kot la. maklum lah, minggu exam kan? hehehehe. USRAH?! okey, mungkin sesetengah orang hanya memandang sebelah mata dan tak ambil kisah pasal usrah ni. Tapi dari usrah ni la kita dapat macam macam and dapat tahu banyak pasal kehidupan Rasulullah dan sahabat sahabat baginda. Bila time usrah ni kan, tak tahu kenapa ada perasaan tenang je, tak gelisah, tak gundah, tak resah, dan seadik beradiknya. Happy usrah la katakan! Dulu, bukan main tak suka usrah ni, tak tahu kenapa. Dan, cuba slow slow untuk suka dan minat pada usrah ni, akhirnya, Allah bagi juga rasa suka, minat tu dalam hati pada usrah. Alhamdulillah. Step by step. Salam jumaat. ![]()
~ lagu fynn Jamal-Tahu ~
Nasihat? Taujihat? Penting ke? ***** Ye, tersangat penting untuk hati kita. Manusia perlu akan nasihat, taujihat ini. Manusia yang tak terima nasihat orang lain, Itu tanda Hati, iman kita lemah. ***** Sahabat, check balik diri kita, tengok cermin, tanya pada diri sendiri, perfect sangat ke kita sampai tak terima nasihat orang? boleh jamin masuk Syurga ke tanpa nasihat, taujihat? ***** Manusia, sering lupa, lupa untuk mohon maaf, lupa untuk bertaubat, pada Illahi. ini kerana, sifat manusia itu memang pelupa. bertaubat lah sebelum terlambat. istighfar banyak banyak. ***** sahabat, terimalah nasihat, taujihat itu dengan hati terbuka. jangan bagi hati kita hitam. @astroOasis : "Bila hati telah hitam." ***** ingat lah wahai sahabat, kita hidup di dunia, hanya sementara, akhirat selamanya. By : Ukhti Chenta ![]()
Assalamualaikum sebagai pembuka bicara. Tahun 2015! Mungkin bagi saya sebagai tahun yang banyak cabaran. Tahun yang harus tempuhi segala gala ujian yang datang. Dan dengan rasmi serasminya bulan julai saya dah 16 tahun. Besar dah rupanya. Dulu tak tahu macam mana nak tulis artikel panjang panjang macam blogger lain tapi sekarang boleh la 50-50. Artikel? lantak la pape pon.
16 tahun? form 4 la kan. okey, form 4 dah masuk ke alam yang lebih susah. Banyak tanggungjawab. Pembelajaran pon makin susah. kan? Pening. Nak cakap nya di sini, bila naik form 4 atau menengah atas, kena pilih aliran. Kadang cikgu yang pilih kan tapi sekolah saya, pemilihan atas pelajar tu sendiri. faham? Saya nak tegaskan di sini, bahawa saya bukan sebijak budak SAINS, saya hanya budak AKAUN yang pandai pegang kalkulator sahaja. Tapi impian umi, ingin semua anak anaknya jadi DOKTOR tapi itu bukan bidang saya, saya tak minat, saya tak pandai nak rawat orang, saya tak pandai nak bedah bedah takut tersilap langkah. So, subjek yang mempunyai nombor nombor menjadi minat saya. Akaun menjadi bidang dan aliran kesukaan dan minat bagi saya. Harap itu jalan yang terbaik dan pilihan yang terbaik yang pernah saya buat dalam hidup. Kita hanya manusia, manusia hanya merancang dan Allah sebaik baik perancang dan yang menentukannya. Harapan 2015, saya berharap pembelajaran saya semakin dan lebih baik dari tahun tahun sebelum sebelumnya. Kerana seorang ibu ingin melihat anak anaknya menjadi manusia yang berguna dan ilmu penuh di dada. Selagi ada kemampuan, selagi itu jangan berhenti menuntut ilmu. Menuntut ilmu itu wajib dan penting. Selain itu, saya berharap anda yang membaca teks ini mendoakan saya semoga menjadi manusia, insan, hamba, anak, pelajar yang lebih baik, cemerlang dalam semua aspek dan sentiasa taat akan perintah Allah. Terima kasih kerana sudi membaca teks yang ringkas ini. Semoga kalian diberkati oleh Allah sentiasa. Amin! Ada masa, saya akan menulis teks seterusnya. Doakan kejayaan saya. Thanks! ![]() ![]() |